Shopping Cart

  •  x 
  • You have no product to cart.

Kuingin Cintamu

Base price: RM 22.00
RM 6.00
73% OFF
in stock
Alangkah seksanya menjauhi cinta, hati terkenang menyebut dan badan merana..
Categories: Novel (Offer)
Print
Humaira mula menulis novel setelah membaca novel seorang penulis tersohor. Ideanya mampu menzahirkan
karya yang hebat. Namun garapan ceritanya kaku dan perlukan x-factor. Lalu dia memutuskan untuk 'bercinta',
sesuatu yang berlawanan dengan fitrahnya yang anti lelaki selama ini.

Demi menghidupkan roh cinta dalam novel pertamanya, nun di Tembok Besar Badailing, dia bercinta dengan Dr. Damyral.
Namun, lelaki itu ditinggalkan. Apabila mahu memulakan manuskrip yang kedua, Humaira akan memikat seorang lelaki sebagai
pasangannya bercinta. Perasaan cinta ini akan 'ditumpahkan' ke dalam manuskrip yang sedang ditulisnya.

Kemusian, dia terjebak dengan cinta Azril, hero novelnya yang ketujuh. Dia bertindak melarikan diri kerana tidak tahan
dengan buruan Azril yang panasaran terhadapnya.

Di daerah asing itu, Humaira bertemu semula dengan Dr. Damyral, cinta pertamanya. Barulah dia sedar yang dia benar-benar
mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu yang menghalangnya iaitu Huwaida kembarnya yang juga tergila-gilakan Dr. Damyral. Malah,
Huwaida sanggup bertindak sadis!

Apakah itu balasan dosa untuknya kerana mengecewakan cinta tujuh lelaki? Hukum karma sedang menantinya!

0Reviews

There are yet no reviews for this product.