Shopping Cart

  •  x 
  • You have no product to cart.

Kala Cinta Menggoda

Base price: RM 19.90
RM 10.00
50% OFF
in stock
Tiga Siti. Tiga Jiwa. Tiga Karakter, Tiga Cinta
Saat cinta menggoda, cinta itu tak henti mengejar miliknya
Categories: Novel (Offer)
Print
Tiga Siti yang saling berbagi cerita. Siti Saleha aka Tiha, pandai bergaya dan seksi. Pantang melihat lelaki 3k karier-kaya-kumis.
Sementara Siti Nurbaya aka Tiya pula berperwatakan tomboi. Rambut pendek ala 'Mitha The Virgin' artis seberang, idolanya.
Gadis yang tidak gemar mendekati lelaki tetapi tidak bermakna dia anti-lelaki.Si bongsu, Siti Raihana aka Tina pula, sopan santun dan
lemah gemalai orangnya namun kadangkala menggelabah tak bertempat. Penampilannya cukup muslimah. Ada duda ingin mendekatinya. Siapakah
yang mampu menggoda hati untuk mendapatkan cinta tiga Siti ini?

" Faham pun anak-anak mak. Habis bila lagi mak nak tengok kau orang semua bawa calon ni. Mana bakal-bakal menantu mak? Teringin juga sambut 
menantu. Teringin nak bercucu-cicit. Teringin pulak mak menikah sekali lagi. aik! Salah! Bukan mak yang nak menikah lagi. Habis itu bilanya masa itu tiba." - Mak Cik Siti Ayu


" Amboi..cakap memang senang. Lidah tak bertulang memang mudah bermadah apa sahaja. Tiada perempuan lain konon. Tiada isteri yang didamba konon. habis itu sampai beranak tiga orang
itu..apa! Bercinta bagai nak rak dengan Tiha pulak. Bang...gunung itu tak mungkin lari. Abang itu yang Tiha takut lari. Huh!" - Siti Saleha

" Engkau boleh tak jangan sentuh-sentuh bab penampilan aku. Ada aku pernah kata penampilan engkau. Ada aku kata baju engkau tiap hari macam tak cukup kain aje 
aku tengok. Jolok sana, jolok sini. Kadang macam nangka bungkus ada. Macam badut sarkas pun iya. Tak adakah? Tapi aku cakap semua itu dalam hati sahaja.
Tak tegur-tegur hadapan kau pun." - Siti Nurbaya

0Reviews

There are yet no reviews for this product.