Shopping Cart

  •  x 
  • You have no product to cart.

Cucur Bawang & Kopi 'O'

Base price: RM 25.90
RM 14.00
46% OFF
in stock
Hadirnya kau dalam hidupku
membawakan sinar baru
Andainya kau tahu kumencintaimu
kupasti dirimu takkan tegar melukaiku..
Categories: Novel (Offer)
Print
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai
dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak, Rusiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan
mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menajdi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya
itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

"Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya. Walaupun
cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam? - Iskandar

Andai bisa aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari.Akan kurindu setiap waktu. Walaupun chayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam
. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari.Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku. - Khairulnizam

Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta.
Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta. - Rudiana

0Reviews

There are yet no reviews for this product.